Sifat-Sifat
Isteri Yang Dijanjikan Syurga..
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud:“Apabila
seorang wanita menjaga solat lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadan),menjaga
kemaluannya dan taat kepada suaminya,maka ketika berada di akhirat dikatakan
kepadanya:Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja
yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191,Shahihul Jami’no.660,661).
1. Berdasarkan
dalil-dalil tersebut dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah
adalah sebagai berikut: Mentauhidkan ALLAH dengan mengabdikan diri hanya
kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2.
Tunduk kepada perintah ALLAH,terus menerus
dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti
solat,puasa,bersedekah dan selainnya.
3.
Menjauhi segala perkara yang dilarang dan
menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4.
Selalu bertaubat kepada ALLAH hingga lisannya
sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya.Sebaliknya ia jauh dari
perkataan yang sia-sia,tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan
lainnya.
5.
Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan
dalam bermaksiat kepada ALLAH dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6.
Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di
sisinya.Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh,dari mata
yang hendak melihat atau dari telinga yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak,rumah,dan
harta suaminya.
Sifat isteri
solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh
kasih sayang,selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.Rasulullah SAW
bersabda:“Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang
menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang,banyak anak,selalu
kembali kepada suaminya.Di mana jika suaminya marah,dia mendatangi suaminya dan
meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata:“Aku tak dapat tidur
sebelum engkau reda”.(riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
2.
Melayani suaminya(berkhidmat kepada suami)
seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur,pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami,lebih-lebih yang
berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’
bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu
kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: “Barangkali antara
kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya
(hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang
diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang
menjawab.Aku (Asma) pun menjawab:“Demi ALLAH! Wahai Rasulullah, sesungguhnya
mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para
suami)”.
Baginda
bersabda bermaksud:“Jangan lagi kalian lakukan,kerana yang demikian itu seperti
syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya
sementara manusia menontonnya”. (riwayat Ahmad 6/456).
4. Selalu
berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya
memandang akan menyenangkannya.
5.
Ketika suaminya sedang berada di rumah,ia
tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi
suaminya untukistimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa,terkecuali
bila suaminya mengizinkan.
6.
Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan
suami,tidak melupakan kebaikannya.
7. Bersegera
memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya,tidak menolaknya tanpa alasan yang
syarie,dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut
terhadap berita Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam yang bermaksud: Demi zat
yang jiwaku berada di tangan-Nya,tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke
tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan ALLAH
Subhanahu Wa Ta'ala murka terhadapnya hingga si suami reda padanya.(riwayat
Muslim no. 1436)
Salam santun salam ukhuwah fillah J